Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 24, 2009

Saya setuju dengan BTN


Alhamdulillah, 18hb yang lepas kami seramai 96orang pelajar Fakulti Pengajian Islam di UKM telah tamat mengikuti Kem Bina Negara di Kuarters KLIA, Nilai. Ada 2 kumpulan lagi yang mengikuti program yang sama di tempat berbeza iaitu di Sepang dan Melaka. Saya tidak pasti apa rasionalnya kami terpisah, mungkin atas sebab ketakutan dan igauan ngeri pihak penganjur akibat ‘penentangan’ yang akan terjadi sekiranya kami dikumpul semua sekali.

Perlembagaan dan Fakta Sejarah

Kami didedahkan dengan 3 ceramah besar dan 9 LDK. Tidak dinafikan banyak input yang saya dapat. Antaranya pendedahan tentang perlembagaan yang sangat menarik. Saya pernah memegang buku Perlembagaan Malaysia, cuma tidak terlalu teliti dan menghayati perlembagaan tersebut. Mungkin pemikiran saya dan sahabat2 saya yang lain berbeza, apa yang saya ingin tekankan ialah, mungkin perlu kajian yang lebih mendalam tentang lompang2 dan kelemahan dalam perlembagaan ciptaan manusia ini.

Kami juga didedahkan dengan sejarah kemerdekaan, sejarah Melayu, dan beberapa fakta yang saya rasa tidak diterangkan secara menyeluruh malah hanya berpihak kepada sebelah pihak. Ini yang buat saya melenting dan marah. Jika betul inginkan perpaduan, biar ikhlas dan jujur. Jangan hanya inginkan sokongan dan ingin meracuni pemikiran anak muda, anda sanggup menjadi petualang bangsa dan agama. Takut2 nanti Negara yang kita cintai rosak kerana ANDA!.

Saya bersyukur kerana menjadi seorang Islam yang Melayu. Saya juga tidak pernah nafikan perjuangan pejuang2 kemerdekaan yang lalu. Allah akan membalas jasa mereka. Tetapi, apa yang saya risaukan ialah sentiment keMelayuan. Bagaimana Melayu ingin bersatu dan ingin capai perpaduan sesama bangsa yang lain jika sentimen yang banyak dimainkan, dan bukan titik persamaan yang ingin dicari? Buka dan kajilah sejarah perpaduan yang dibawa Nabi saw.

Disiplin dan Ibadah

Alhamdulillah, perkara yang paling saya suka dalam kem ini ialah disiplin. Disiplin sangat penting. Cuma yang lebih penting ialah implementasi konsep ‘Ihsan’ dalam setiap perkara pasti akan membuatkan anda lebih berdisiplin. Semua sahabat saya turun solat berjemaah dan mengikuti kuliah Maghrib dan Subuh setelah diberitahu ia adalah perkara ‘Wajib’ semasa program. Tetapi, jika kita berjaya terjemahkan maksud Ihsan dalam setiap tindakan, maka kita akan disiplin melaksanakan ibadah tanpa ada suruhan daripada manusia.

"Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau."

'Keterbukaan' BTN

Kami mempunyai 10 kumpulan dan 11 fasilitator. Cuma kumpulan saya mempunyai 2 orang fasilitator. Malah diletakkan orang ‘paling hebat’ dalam kumpulan saya. Mengapa? Adakah disebabkan saya banyak menentang dan bertanya soalan yang menganggu gugat keMelayuan fasilitator dan penceramah? Atau dengan 2orang fasilitator ini mampu mengubah pendirian saya untuk lebih perjuangkan Melayu daripada yang lain??. Kata terbuka menerima sebarang kritikan. Pelik. Lu pikirlah sendiri.

Setiap LDK mempunyai matlamatnya sendiri. Malah ada 2 ke 3 LDK yang saya rasa agak sesuai untuk dilaksanakan kerana ia memang penting untuk mahasiswa seperti perlu berfikiran 30 kotak dan bukannya bawah daripada itu. Itu barulah mahasiswa yang sentiasa berfikir untuk memimpin masa akan datang. Tapi, masalahnya ramai yang takut ingin bersuara kerana jika terlalu banyak bersuara dan bersifat terbuka, anda seolah2 di’target’ dalam setiap LDK seterusnya. Makin ‘MELAYU’ lah mahasiswa.

Kesimpulan

Saya setuju dengan BTN sekiranya segala gerak kerja dilakukan adalah berpandukan landasan syariat yang sebenar. Didiklah semangat perpaduan kepada sesiapa sahaja seperti yang diajar oleh baginda Nabi saw. Malah semua aktiviti yang bercampur antara kaum adam dan hawa mestilah dijaga adab tertibnya sesuai dengan situasi dan kondisi mahasiswa. Jangan perbudakkan kami dan yang paling penting, hormatilah orang di sekeliling anda jika anda ingin dihormati.
Salam Perpaduan!
Baca juga di sini dan sini

Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

Monday, November 9, 2009

Muhasabah Pejuang 2



Situasi 1

"Abang, lajunya abang bawa kereta ni, mati kita nanti!" isteri meluahkan rasa takut kepada suaminya. Anaknya, aiman hanya mendiamkan diri di bahagian belakang.

Situasi 2

"Umi, aiman takut umi bawak laju, tapi aiman tak kisah" si anak pula mengingatkan uminya apabila umi menjemputnya pulang daripada sekolah ketika abi sedang sibuk bekerja.

Cuba hayati 2 situasi di atas. Keadaannya mungkin sama, cuma watak dan perwatakan yang berbeza.

Situasi 1 menunjukkan si suami yang membawa kereta dengan kadar yang laju ditemani isteri dan anak tercinta manakala situasi 2 menunjukkan si isteri pula yang memandu dan hanya ditemani anaknya yang baru pulang daripada sekolah.

Jika kita kaji, seorang pemandu yang membawa laju pasti yakin dan mahir dalam pemanduannya. Mungkin juga pemandu tersebut ada tujuan dan masalah yang penting yang menyebabkan dia terpaksa membawa laju. Tetapi, adakah yang menemani pemandu sama pemikiran dan merasai apa yang dirasakan oleh pemandu?.

Kebiasaannya memang begitu. Si isteri akan runsing apabila suaminya membawa laju apabila dia tidak menjadi pemandu, tetapi akan membawa laju apabila dia hanya bersama si anak. Nasib baik dapat anak bernama aiman yang selalu dengan tidak kisahnya. Saya tidak berniat untuk 'membantai' si isteri yag sering dengan emosinya. Sekadar analogi mudah untuk dikongsi.

Kaitkan dengan keadaan semasa

Selepas satu masalah, Allah uji lagi dengan ujian seterusnya. Ini lumrah sebagai pejuang dan gerakan Islam. Masakan ingin hidup senang dengan kebenaran yang kita tuju sedangkan Nabi saw yang ma'sum juga diuji dengan begitu hebat. Maka perkara yang perlu kita ingat, gerakan Islam dan pendokongnya mesti bersiap sedia dalam menghadapi segala ujian dari Nya.

Ramai blogger dan penulis2 yang semakin ghairah menghentam TGHA, dan pimpinan yang lain dalam mereka memacu gerakan Islam ini. Seperti post sebelum ini, saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana mereka ada sense untuk mengubah gerakan Islam dengan lebih baik atau menjadi check and balance kepada PAS. Tetapi disebabkan tidak beradab dan kurang ajar, maka perkara ini perlu diambil serius.

TGHA, Pimpinan PAS dan si suami

Mereka mungkin mengalami nasib yang sama.

Adakah si isteri tidak tahu bahawa suaminya adalah seorang yang cekap dan mahir dalam membawa kereta, malah mereka ingin menuju ke destinasi yang sangat penting?

Adakah ahli gerakan tidak tahu yang pimpinan kita sudah lakukan yang terbaik untuk membawa ke destinasi yang kita sama2 inginkan?
  • Cara berfikir dan bertindak seorang pemimpin dan ahli bawahan memang tidak sama begitu juga pemandu dan pembonceng. Pemimpin lebih memikirkan tentang semua keadaan dan aspek dalam fikiran dan tindakan, malah ahli hanya memandang dan menilai dari satu sudut.
Adakah si isteri masih tidak faham akan perangai dan sikap suaminya? takkanlah si suami sengaja ingin membawa kereta dengan laju dan ingin mati katak seperti yang dilemparkan si isteri.

Adakah kita baru mengenali keperibadian TGHA yang hebat peribadinya? memang dia bukan seorang yang maksum, justeru memerlukan sokongan daripada kita dan bukan hanya kritikan tanpa tindakan!.
  • Thiqahlah pada pimpinan kita. Pandanglah kehebatan syura. Kesemuanya ada hikmah di sebaliknya. Ini janji Allah. Wala' lah pada mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat. Jika ada perkara yang ingin dikritik dan dilontarkan, guna saluran yang betul dan bijak. Jangan tunjuk kebodohan sendiri!
Muhasabah bersama

Banyak lagi soalan dan situasi yang boleh difikirkan agar boleh diambil iktibar. Sekadar renungan bersama khusus untuk diri saya yang sering lupa. Mungkin juga ada yang tidak setuju dengan analogi dan pandangan saya, tetapi saya juga bersedia dikritik. Semoga ada manfaat bersama. Semoga Allah tetapkan hati kita dalam agamaNya dengan penuh ketaatan. Amin

Sila baca di sini dan di sini juga. Barakallahufikum.

Muhammad Hafizan Bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Muhasabah Pejuang

Hari ini semua umat manusia mengaku bahawa Nabi Muhammad saw adalah idola mereka. Benar, ini pilihan tepat. Bukan penyanyi yang melalak itu yang kita pilih, bukan pelakon yang terdedah itu juga yang kita pilih apatah lagi pemimpin yang mengamalkan korupsi. Maka hari ini, pastikan anak2 kecil sudah tahu siapa yang patut mereka jadikan contoh dan idola.

Persoalannya, mengapa Nabi menjadi pilihan kita?

Sesungguhnya diutuskan kepada kamu Nabi Muhammad saw sebagai contoh tauladan yang terbaik.

Sangat terbaik. Tiada siapa yang dapat menandinginya.

Tapi, dari segi apa penilaiannya?

Jika para sahabat yang menilai dengan keimanan, mereka tidak akan mempersoalkan sedemikian. Tetapi, orang kafir juga mengiktiraf kehebatan Nabi saw. Ia hasil daripada AKHLAQ yang ada pada Nabi saw.

Sudah 1400 tahun lebih Nabi saw meninggalkan kita semua, tapi hasil didikan dan tarbiyah yang ditinggalkan amat memberi kesan. AlQuran bergerak ini sentiasa membuatkan hati orang sekelilingnya tenang dan senang. Adakah kita juga begitu? Sentiasa memastikan orang disekeliling kita senang terhadap akhlaq dan perangai kita?

Adab dalam berjemaah

Hari ini, Allah uji gerakan Islam. Allah uji pimpinan. Allah uji juga ahlinya. Ahli gerakan Islam dilatih untuk berfikiran rencam, bertindak pantas, dan sebagainya tanpa ada rasa kehebatan dalam diri sendiri malah semuanya disandarkan kepada Allah. Ia datang daripada Allah. Maka setiap perkara yang berlaku, lihatlah dengan kebersamaan Allah. Jangan cepat melatah dan melenting.

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku. Semua ingin tunjuk hebat. Kononnya, semua maklumat dia tahu. Kononnya, maklumat dia sahaja yang tepat. Cepat menghukum dan melabel orang tertentu. Tidak kisahlah dia datang daripada kalangan ulama' muda, mahasiswa atau masyarakat biasa. Bercakap dan menulis di blog masing2 seolah-olah lupa malaikat juga sedang mencatat amalannya.

Hikmah tersirat

Perkara yang berlaku, pasti terselit sejuta hikmah tersirat di dalamnya. Kita ada pimpinan, wala' dan thiqahlah pada mereka selagi tidak melanggar syariat. Bukan tidak boleh memberi cadangan dan buah fikiran, tapi ikutlah saluran yang betul. Jangan burukkan lagi keadaan yang ada. Berfikirlah seperti seorang pemimpin yang bijaksana!.

Inilah hebatnya perjuangan Islam, pasti diuji walaupun dalam keadaan yang pelbagai. Sunnah perjuangan untuk mereka yang mengidamkan syurga Allah. Senyumlah pada masalah, insya Allah masalah akan senyum pada kita diiringi dengan usaha yang bersungguh dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Semoga Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini.

Salam juang.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com


Tuesday, September 29, 2009

Raya dan Pilihan Raya

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mencoret serba sedikit perkongsian dalam ruangan ini. 11 Syawal 1430H, barulah hati terasa ingin menulis. Rasa sedih, gembira saling bercampur saat diri memasuki bulan Syawal. Adakah TAQWA yang menghiasi diri setelah berakhirnya madrasah Ramadhan?. Adakah kita salah seorang pengunjung rumah lailatul qadar pada Ramadhan yang lepas?. Adakah masih ada ruang untuk menjadi graduan Ramadhan akan datang?

Syria dan Malaysia


Jamuan selepas menunaikan solat sunat di rumah kedutaan Malaysia di Syria

Suasana Syawal kali ini memang berbeza daripada tahun lepas. Jika tahun lepas, Syawal di Syria memang sangat unik. Mana tidaknye, semua yang tidak tahu memasak, tetibe boleh memasak rendang, mee goreng dan lain2. Sungguh lucu dan jangan tanya bagaimana rasanya. Ditambah pulak ketika mengemas rumah dan sibuk memasak, lagu raya dari Malaysia dipasang, aduhai syahdu rasanya berhari raya tanpa keluarga tercinta.

Hanya setahun beraya di Syria, kali ini beraya di tanah air kembali. Aktiviti salam dan bermaafan adalah agenda penting dalam keluarga saya selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Cuma, Syawal kali ini tidak bermalam di Muar seperti Syawal2 sebelum ini. Tapi, rumah saya yang menjadi tumpuan mak cik2 dan pak cik2 kerana atuk menetap di rumah saya sekarang.

Dun Bagan Pinang

Tahun ini bukan sekadar sibuk ingin menyambut Hari Raya, malah sibuk juga membantu pilihan raya. Pilihan raya kali ini sangat penting bagi semua. Jika sebelum ini, kesemua pilihan raya kecil dimenangi oleh PR kecuali Bukit Selambau adalah kubu kuat PR. Tapi, kali ini sebaliknya. Tempat yang menjadi tumpuan kononnya kubu kuat BN. Wallahualam, 'ala kulli hal, perjuangan tetap diteruskan. Calon pun sudah diketahui ramai, Mari sama2 memenangkan Islam. Tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.

Jangan lupa amik kesempatan untuk berpuasa enam hari di bulan ini. Rebutlah ganjaran berpuasa enam yang telah dijanjikan Nabi saw dalam hadisnya. Semoga banyak manfaat untuk diri sendiri khususnya dan smua pendokong dan petugas Islam agar dapat memberi saham kepada kemenangan Islam, insya Allah.

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid
www.tintadakwah.blogspot.com

Saturday, September 12, 2009

Konvensyen Transformasi Malaysia 2009